Khamis, 20 Oktober 2011

MEMORY CINTA GILA AKO..

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tetibe ako terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yg kita palitkan berdua..kehadiranmu bersama moleku molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yg membelit tali perutku..dan kehadiranmu mengajarku erti rindu gelora dan syahdu..kao juga mengajarku erti cinta,singa laot,beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensel,tali kasot dan pasu bunga..kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka..kao da ako umpama kurt cobain dan rapeah boang yg tidak dapat dipisah..malangnya..percintaan kita yg mendapat liputan meluas sehingga seantero planet ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di burma..kau pergi jua ketika kuala lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 1998.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca dari penebangan pokok getah secara besa besaran di lembah klang.pemergianmu menyebabkan ako menghidap resdung dan kentut berair secara mengejut.ketiadaanmu memaksa ako memakai topi keledar setiap mase sebagai langkah untuk menjadi penjaga belakang gol.ako seperti tdk percya dgn aper yg terjadi.ako bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke roang angkasa apabila daya tarikan graviti terhdadpku tdk lagi berfungsi setelah ako tersungkur dlm percintaan yg berlarutan hgga ker rubber-set.slruh perjlnn idupku mnjd gelita bgaikan terperangkap di dlm gua dan di temani stalagtit dan stalagmit yg bgaikan seambilu.kondominium yg kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah stlah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mula berubah sprti org utan yg kepanasan di ketiak bila malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke roang angkasaraya.sejak itu kao saaering melarikan diri apabila tersaerempak ngan nenek jiran sblah omah ako.akhirnya ako mnyedari diri ini tdk diperlukan lagi.sejak kau tiada,ako sering menyendiri berbual bual dgn pokok betik tok mengisi masa lapang.kadang2 ako mengikat botol oren pada tiang oma ako agar nmpklebih cantik.saban ari ako termenung didlm peti sejuk mengenangkan diri mu yg ntah kemana menghilang.ako cuba bermain badminton sambil mkn mee hailam utk melupakan dirimu,tp ako berdaya,lalu ako membakar mesin basuh dan membelasah itik serati yg terlepas dari kurungan tudung saji sebagai tanda ako tidak bersalah.mengapa??mengapa syg..????mengapa semua ini harus terjadi.mengapa stlah kau curi atiku,kau rompak cintaku sehingga kau terbunuh dlm kemalangan cinta yg ngeri.ako bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni2 batu yg kau timpakan diatas belakangku.derita yg kau timpakan itu adalah bebanan yg terlalu berat utkku tanggong bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 389 anak ekor cacing kerawit.dan kini segala harapanku hancur berkecai terbarai lebur bagaikan ako terjatuh dari menara kuala lumpur dan dihempap oleh menara berkembar petronas lalu tersangkut dicelah landasan lrt dan kemudiannye digilis pula oleh kereta kebal yg lalu diatas landasan lrt hingga ako hancur penyek.oouuhh!! terlalu berat dugaan yg kutempuhi kini.kini segalanya telah pon berakhir.ako sedar siapa ako.ako hnye insan biasa yg suka makan mee segera campor tayar sotong.ako bukannya mcgyver,mcdonald's,supermann atau kesatria baju hitam.ako juga bukanlah ultraman sprti yg kau idam2kan wlopon susuk tubuhku kebal bagaikan tilamair.ako menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam ditempat sendiri.tak perlu dikesali lagi kerna nasi sudah menjadi capati bersalut steel dan tin sardin yg ku genggam ini telah pon luput tarihk nye.segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberian mu termasuk enjin kapal selam tlah pon ako cincang utk membuat dedak ayam.wlopon segalanya sudah pon berakhir.disini,diatas pokok getah ini ako tetap akan menunggu kau kembali.slagi ada nafas ini,selagi ada kompleks beli blah SOGO,selagi ada kedai kasot selipar disekitar argentina,selagi kumpulan metallica tdk berpecah dan selagi bob marley x berenti isap ganja ako ttp menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.namun ako menyedari bahawa penantian ku hanyaalah sia2 belaka.akhirnya ako mengambil keputusan muktamad utk menunggu tiang elektrik didepan rumah ku berbuah..jika da berbuah nnt.ako poskan boahnya kepadamu..

ikhlas dari lubuk ati yg da kuning sebab asap rokok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan